| Dr Mahathir keluar Umno |
Dr Mahathir keluar Umno 19 May, 2008 Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian. Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini. Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. "Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya. Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti. Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya. ~Untuk kepentingan keluarga~ Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya. Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara. "Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita. Baca selanjutnya! |
| < Prev | Next > |
|---|
Commentary
| CommentaryRais Yatim: Signifikan Melayu dan Pribumi dalam sejarah dan perundangan Read more... | CommentaryThe realities of Malaysia politics Read more... | More...
| ||
Politics
| PoliticsMahathir: Pencalonan UMNO Read more... | PoliticsDo voters appreciate responsive government? Read more... | More... | ||
Voices
| VoicesMinister answer please on Malaysia Apex University, VCs Read more... | VoicesResponse: Perak MB says he did not seize camera Read more... | More... | ||
Need help to promote your business?
Get VideoAd
Cast your net wider to reach more customers!
Contact us now: CLICK HERE
VideoAd with Cleat & Clew Communication
Got something to say?
We welcome your articles, blog links or Letter to the Editor via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
To complain about flaming comments, email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
To advertise with us, please send your contact details via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Categories
| Commentary |
| Politics |
| Voices |



Dr Mahathir keluar Umno 