Apakah akhirnya PAS bersama UMNO, BN?

changing_clouds_wince.jpgDalam akhbar hari ini; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menyifatkan pertemuan beliau dengan pemimpin Pas Terengganu kelmarin sebagai permulaan kepada kerjasama yang lebih erat.


Kenyataan ini ternyata merupakan BONUS kepada Datuk Ahmad Said.

1. Beliau akan dilihat sebagai MB yang tidak memilih bulu

2. Mendapat lebih sokongan daripada rakyat Terengganu termasuk ahli PAS

3. Lebih meyakinkan DYMM Sultan terhadap kepimpinannya.


Apa yang PAS dapat?

1. Rakyat menghormati PAS.. tetapi undi pergi ke Datuk Ahmad Said

2. PAS dilihat lebih terbuka, tetapi undi tetap akan pergi ke Datuk Ahmad Said

3. PAS dilihat bukan sahaja memperjuangkan Islam malah bangsa melayu juga, tetapi undi akan tetap pergi ke Datuk Ahmad Said.


Walauapapun, aku salut pada kepimpinan Datuk Ahmad Sabery. Nampak 'low profile' dan kurang kontroversi. Mungkin terlalu sibuk, maklumlah dah dapat semula 'royalty minyak'


Apa yang perlu difikirkan sekarang ialah apa yang aku katakan diatas tadi akan berlaku juga kepada PAS sekiranya 'muzakarah' yang digembar-gemburkan itu benar terjadi.


Kenapa boleh jadi begitu?... SEBAB semua cerita di akhbar akan beritahu yang Muzakarah PAS-UMNO ini:

1. Berjaya kerana UMNO

2. Berjaya kerana keterbukaan UMNO

3. Berjaya kerana keikhlasan UMNO perjuangklan bangsa melayu

4. Berjaya kerana UMNO sangat mementingkan 'ketuanan melayu'


Jadi apa cerita tentang PAS yang akan masuk akhbar?

1. Nama-nama yang hadir dalam 'Muzakarah' itu.

2. Kenyataan wakil PAS yang menyatakan sokongan

3. Muka/ gambar wakil PAS yang tersenyum

4. perkataan 'PAS' ditulis BESAR di muka hadapan akhbar.


Kepada PAS, berhati-hatilah. Aku bukan penyokong PAS tetapi aku menganggap PAS sebagai satu-satunya parti pembangkang yang paling komited untuk memperbaiki negara. Atau lebih tepat PAS telah membuktikan yang mereka sebuah parti yang yang berjaya sebagai pembangkang. Sebagai pemerintah?.. itu aku tak boleh nak jawab.


Jauh disudut hati, memang aku teringin melihat kedua-dua parti ini bersependapat terutama mengenai hal-ehwal agama Islam dan Bangsa melayu.


Baca lebih pos yang menarik dari blog Faizal-FM di sini.

 
< Prev   Next >

Need help to promote your business?

Get VideoAd

Cast your net wider to reach more customers!

Contact us now: CLICK HERE

VideoAd with Cleat & Clew Communication
 

 

Google
Web mylivingwall
list4_custom.jpg

Got something to say?

We welcome your articles, blog links or Letter to the Editor via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

To complain about flaming comments, email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

To advertise with us, please send your contact details via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Login Form






Enter what you see:
This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage

Tips: Reload if you cant read the image
Lost Password?
No account yet? Register