Memo untuk MP, FAJAR dari Rembau kelirukan Menteri Pengangkutan

contemplating_wince.jpg“Adakah menteri pengangkutan terberi maklumat yang usang di Parlimen berkenaan syarikat yang telah diberi tawaran membina Lapangan Terbang LCCT yang baru bernilai RM123.9 juta?” pertanyaan dari YB Datuk Paduka Husam Musa kepada rakan-rakan MP.


---


Ong Tee Kiat, Naib Presiden MCA tentunya tidak ingin mengikut jejak Chong Kong Choy - Menteri Pengangkutan adalah pos terakhir dalam Kabinet. Kemudian bersara.


Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (dulu sebagai Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd.), telah membuat makluman kepada BSKL pada 24 Mac, iaitu 15 hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, bahawa ia telah menerima surat penerimaan tawaran dari Malaysia Airports Holding bertarikh 19 Mac 2008 untuk membina Lapangan Terbang LCCT yang baru bernilai RM 123.9 juta.


Kenyataan kepada Bursa Saham semestinya melalui Akuan Berkanun (AB).


Mengikut Ong dalam jawapannya di Dewan Rakyat, pada 12 Mei, pembinaan LCCT pertama bernilai RM 108 juta telah diberikan kepada Fajarbaru melalui tender runding. Semua orang maklum hal ini.


LCCT kedua ini, kata Ong, akan dibuka untuk tawaran terbuka dan Fajarbaru, kata Ong dalam jawapannya itu, belum dianugerahkan dengan projek tersebut.


Kenyataan Fajarbaru kepada BSKL boleh dirujuk. Ia dokumen bertulis. Sekali lagi Fajarbaru Builder yang dulunya Fajarbaru Rembau yang telah ditukar namanya atas sebab yang mereka sendiri ketahui, mendapat projek ini belum pun Menteri tahu mengenainya. Dua bulan selepas syarikat ini mendapat tawaran, Menteri Pengangkutan masih pergi ke Dewan Rakyat dengan jawapan yang sudah usang dan tak terpakai!


Keputusan pilihanraya Mac 2008 ada kaitan atau tidak dengan keputusan pemberian tawaran ini, boleh menjadi teka teki.


Tetapi untuk Ong memberikan jawapan berbeza dengan dokumen rasmi yang ada, merendahkan mutu Ong yang saya yakin, tidak sama sekali akan berbuat demikian jika beliau diberikan maklumat yang tepat.


Rakan-rakan MP boleh cungkil isu ini lebih lanjut.

 


Read more thoughts from blog source here: Weblog Husam Musa Home.


Read an earlier featured blog post on Ong Tee Keat’s personal values here.

 

 
< Prev   Next >

Need help to promote your business?

Get VideoAd

Cast your net wider to reach more customers!

Contact us now: CLICK HERE

VideoAd with Cleat & Clew Communication
 

 

Google
Web mylivingwall
list4_custom.jpg

Got something to say?

We welcome your articles, blog links or Letter to the Editor via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

To complain about flaming comments, email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

To advertise with us, please send your contact details via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Login Form






Enter what you see:
This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage

Tips: Reload if you cant read the image
Lost Password?
No account yet? Register