Selamat Hari Kemerdekaan, usah berpolitik hingga memuakkan rakyat

merdeka_wince.jpgKita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 tidak lama lagi. Saya telah menyertai perbarisan sebanyak 2 kali, kali pertama pada tahun 1974 dan yang kedua tahun lepas. Apa yang menyedihkan saya dalam perbarisan tahun lepas ialah tiadanya penyertaan kumpulan-kumpulan Chingay, Bhagra dan sebagainya. Negara kita kaya dengan semua ini jadi mengapa mesti kita sengaja miskinkan.


Berdasarkan apa yang terjadi semasa India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari Britain, tidak ramai yang yakin bahawa Malaya yang berbilang bangsa, budaya dan ugama akan dapat melalui tahun-tahun awal kemerdekaannya dengan aman. Keadan diburukkan lagi dengan adanya dharurat angkara Parti Komunis Malaya. Bak kata orang putih,"The odds were stacked against us".


Walaupun begitu, tahun demi tahun kita telah menyangkal ramalan "doomsayers" ini. Kita boleh berdebat dan berdiskusi sehingga kucing tumbuh tanduk untuk mencari rahsianya "kejayaan" kita tetapi bagi saya puncanya ialah permuafakatan dan tolak ansur. Perlembagaan kita berjaya menampung keperluan negera kerana kandungannya adil walau apa pun kayu pengukur yang digunakan.


Di tahun-tahun awal dahulu, rakyat percaya dan memberi sokongan penuh kepada pemimpin. Ahli politik tidak berpolitik semata-mata kerana politik.


Keadaan sekarang jauh berbeza. Kehidupan seharian kita seolah-olah dikuasai sepenuhnya oleh politik hingga memuakkan. Sebagai contoh, dalam papan iklan mempromosi keindahan alam untuk perlancongan, mengapa perlu dimasukkan gambar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri berkenaan?


Ahad lepas saya telah menghadhiri majlis perkahwinan anak jiran dimana saya bertemu dengan seorang jemputan berbangsa Cina. Dipendekkan cerita, kesimpulan yang kami dapati tentang kemelut yang sedang kita hadapi sekarang berpunca dari ahli politik dan mainan politik mereka.


Semua kaum berhak menuntut dan mempertahankan tetapi jagalah sensitiviti kaum-kaum lain. Dalam apahal sekalipun, janganlah melakukan sesuatu hanya kerana ianya boleh dilakukan.


Saya bimbang kekacauan yang diramal berlaku semasa kita mencapai kemerdekaan akan berlaku selepas 51 tahun kemudian dan percayalah tiada siapa yang akan menang kecuali musuh-musuh kita yang hanya menanti ianya berlaku.


Kepada teman-teman semua, "Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan".


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

~Budakboy

 
< Prev   Next >

Commentary

CommentaryRais Yatim: Signifikan Melayu dan Pribumi dalam sejarah dan perundangan

article thumbnailHanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang.11 Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan...
Read more...

CommentaryThe realities of Malaysia politics

article thumbnailThere's another reality non-Muslims must understand - issues relating to Islam that does not infringe upon their rights is best left to Muslim groups. Non-governmental organisations, especially headed by non-Muslims, must learn to be sensitive. Nik...
Read more...

More...

Politics

PoliticsMahathir: Pencalonan UMNO

article thumbnail Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka...
Read more...

PoliticsDo voters appreciate responsive government?

article thumbnailVoters punish politicians following adverse weather events, but the degree of punishment depends critically on the quality of the ruling party's response: Those distributing greater amounts of relief aid suffer smaller subsequent electoral losses.
Read more...

More...

Voices

VoicesMinister answer please on Malaysia Apex University, VCs

article thumbnail The highly-educated officials in charge of Malaysia's tertiary education, have not yet eradicated gender inequalities embedded within the system. If Malaysia's decision-makers, fifty years post-independence, still have such a parochial mindset,...
Read more...

VoicesResponse: Perak MB says he did not seize camera

article thumbnail I am no fan of PKR. But I think sometimes reporters deserved it. In my dealings with them, some are uncouth, annoying and sorely lacking in finesse. Some don't know nuts about issues at hand. Don't do their homework. Sorely lacking in knowledge....
Read more...

More...

Need help to promote your business?

Get VideoAd

Cast your net wider to reach more customers!

Contact us now: CLICK HERE

VideoAd with Cleat & Clew Communication
 

 

list4_custom.jpg

Got something to say?

We welcome your articles, blog links or Letter to the Editor via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

To complain about flaming comments, email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

To advertise with us, please send your contact details via email to: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Login Form






Enter what you see:
This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage

Tips: Reload if you cant read the image
Lost Password?
No account yet? Register